Setiap apa yg berlaku dlm hidup ni, semua nya DENGAN IZIN ALLAH... Yg baik ke yg buruk ke, semua tu terjadi sbb Allah izinkan.. Samaada sebagai rahmat atau pemberian, ataupun sebagai ujian atau balasan, hanya Dia yang tahu..
"Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hamba itu,maka Dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh dari kasih sayangNya.. Dan sesungguhnya para2 nabi yg juga kekasihnya, semua mengalami cubaan sebegitu hebat.. Apa lagi kita orang biasa..."
Mka bila di hadapkan cubaan, sabar la.. Berdoa pada Dia smg di berikan kekuatan utk mengharunginya dan dibukakan jalan penyelesaian..
"Jika Allah cepat memakbulkan doamu, maka Allah menyayangi mu.. bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Allah ingin menguji kesabaran dan keyakinan mu.. Tapi bila Allah tidak memakbulkan doa mu, maka Allah telah ada perancangan yg lbh baik utk mu. Oleh itu, sentiasa lah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun... Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan Nya..."
Walau sedih atau marah atau kecewa mana pun kita dengan sesuatu keadaan tu, semua tu terjadi dengan izin Allah.. Sabar lah.. Walau pun perit, sakit, bagai tak tertanggung rasanya, sabar lah dalam menahan kesabaran tu.. Dan berdoalah pd Nya..Kerana akan datang pertolongan Allah pada yang sabar dan yakin...
"God, He listen to you all the time, He always see and knows what going on with you.. Always guarding and protect you, never fail to grant you with His 'nikmat'..."
Hakikat kehidupan... Ketentuan takdir adakalanya tidak serasi dengan keinginan diri. Pengorbanan biarpun pahit kadangkala akan menghasilkan buah yg manis. Jadi, luka dihati jgn la terlalu dilayan kan. Biar kita saja yang merasainya yg tahu.. Dan jgn mengeluh kerana semua itu takdir Allah. Jika kita hadapi dengan tabah dan redha maka Allah akan ampunkan dosa kita diatas keikhlasan kita padanya..
Bila kita di turunkan sesuatu musibah, jangan la berputus asa.. Sebaliknya Bersyukur lah pada Allah atas musibah ini, jika ini cara nya Allah nk ampunkan dosa2 kita..
Lumrah Manusia mahukan keikhlasan... Dengan hati yang ikhlas, manusia akan selamat dan mudah mendapat kesenangan dimana saja, kerana Syaitan susah utk bersarang dalam hati yg ikhlas... Ikhlas lah kerana Allah kerana hanya Dia yg tau sejauh mana keikhlasan dalam hati hambanya...
"Ya Allah, perbaiki utk ku agama ku yang merupakan penjaga urusan ku.. Perbaiki lah duniaku yang merupakan tempat penghidupan ku.. Perbaiki lah akhirat ku yg menjadi tempat kembali ku.. Jadikan kehidupanku ini sebagai kebaikan utk ku dan kematian sebagai hentian dari semua murka Mu.."