Everyday i pray semoga di hadirkan seorang dari sisi Tuhan untuk temani aku... Seorang yang benar2 sayangkan aku... Seorang yang ikhlas dengan aku.. Seorang yg akan setia bersama aku sampai ke akhirnya... *Juga someone who can sweep me off my feet.. :p*
Adakah ini orang nya?
Adakah ini dia?
Benar kah dia?
Sepertinya terlalu cepat kehadiran dia.. Kala hati aku belum benar2 pulih sembuh dari luka lama.. Atau mungkin kehadiran dia adalah untuk menyembuh? Untuk membawa aku keluar dari kegelapan ini? Atau sekadar cubaan semata?
Aku tak tahu...
Tapi kewujudan dia sering membuahkan senyuman di bibir.. Menghibur di kala sunyi... Sudi menawarkan bahu dikala tangis... Menyokong saat aku lemah... Dengan kemesraan, kesudian, dan perhatian dari dia... Sedikit sebanyak menceriakan hari aku yg suram kebelakangan ini...
Tapi...
Adakah perasaan itu wujud kerana aku rindukan semua layanan itu? Mungkin juga... Aku tak pasti
Yang aku tahu, aku belum mampu menempatkan sesiapa dalam hati aku... Belum masanya.. Tak adil bagi dia kalau aku letak dia di situ dalam keadaan hati aku yg masih berdarah yg ntah bila akan sembuh...tunggu lah.. Aku perlukan masa... Aku perlu mencari diri aku dulu...
Tapi aku bersyukur juga tuhan hadirkan dia... Terima kasih tuhan atas pemberian ini.. Tunjukkan dan bimbinglah hati aku ke jalan yg terbaik.. Amin...
"I will love you when I'm ready"
1 comment:
eheeemm
Post a Comment