Saturday, June 26, 2010

definasi Program AFFILIATE

Cara paling mudah, murah dan senang untuk mula menjana pendapatan di internet adalah dengan menyertai
PROGRAM AFFILIATE
.

Program affiliate pada dasarnya adalah satu bentuk program yang memberi peluang kepada pengguna internet untuk menjadi “agen pemasaran” bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengusaha – pengusaha laman web.

Kebiasaannya, untuk menjadi agen pemasaran (affiliate marketer) menerusi program affiliate yang ditawarkan adalah PERCUMA sahaja. Namun begitu, terdapat juga program affiliate tertutup yang mana hanya pembeli produk / perkhidmatan yang ditawarkan sahaja dapat mempromosikannya melainkan anda dapat meyakinkan pengusaha bahawa anda berkemampuan untuk melakukan pemasaran terhadap produk mereka. sebagai contoh, dengan memberi bukti bahawa anda memiliki sejumlah senarai prospek yang berpotensi untuk membeli produk atau perkhidmatan pengusaha tersebut.

Pendapatan dari program affiliate kebiasaannya adalah berdasarkan jumlah jualan yang mampu anda lakukan. Setiap jualan yang dilakukan, anda layak untuk menerima komisyen yang telah ditetapkan.

Peratus (%) komisyen adalah bergantung kepada produk yang ditawarkan. Kebiasaannya, produk digital mempunyai peratus komisyen yang tinggi iaitu antara 40% – 70%.

Produk fizikal kebiasaannya mempunyai peratus komisyen yang lebih rendah iaitu antara 5% – 30%. Ini adalah berikutan kos bagi produk fizikal adalah besar jika dibandingkan dengan kos produk digital.


Terdapat ramai lagi golongan yang keliru dengan maksud program affiliate. Malah, ada sesetengah pihak yang menyalahgunakan terma “program affiliate” ini untuk kepentingan peribadi masing – masing.

apakah perkara yang membuatkan saya mengatakan sesetengah pihak keliru dan menyalahgunakan terma “program affiliate”? Ini adalah kerana terdapat pihak – pihak ini mendakwa dan menawarkan “program affiliate” yang melebihi daripada 2 level iaitu sehingga mencecah ke 10 level. Malah, untuk menyertai “program affiliate” ini juga, anda perlu membayar sejumlah wang yang kononnya umpama modal permulaan. Kemudian pendapatan akan anda perolehi hasil daripada “orang menyertai” program yang mereka tawarkan dengan komisyen bertingkat.

Mari kita fikir secara logik, dengan 4 – 10 level, dengan komisyen yang ada RM1.00 sehingga ke RM10.00Mampukah anda menjadi “orang kaya” di internet? Berapa lama masa yang perlu diambil? Berapakah jumlah pengguna internet MALAYSIA yang perlu anda promosikan? Mampukah anda mencapai target tersebut? Jawapannya TIDAK.

Malah, kebanyakan program – program ini menggunakan konsep matrix yang mempunyai rangkaian bertingkat sehingga ke 10 level. Yang lebih melucukan adalah script yang digunapakai adalah rata – ratanya kebanyakan sama sahaja MALAH tiada apa – apa langsung keistimewaannya. Sebenarnya, script yang digunapakai oleh golongan – golongan ini telah disalahgunakan malah telah lari daripada tujuan asal script dicipta.

Puncanya adalah disebabkan oleh nafsu “mahukan wang semata – mata” yang menyebabkan berlakunya gejala ini.


Fikirkan… mengapa usahawan – usahawan internet berjaya yang mencapai status jutawan internet tidak langsung menggunakan script sebegini serta tidak menjalankan aktiviti pemasaran begini? Mengapa tidak mereka menggunakan konsep bertingkat – tingkat “multi level system” untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka? Ini adalah kerana mereka sedar sebenarnya tiada keuntungan pun. Konsep yang digunakan sebenarnya lebih berunsurkan kepada “money game” dan system piramid.


Untuk program affiliate yang sebenar, maksima level haruslah tidak melebihi 2 level. Jika lebih daripada 2 level, ia sebenarnya telah dikategorikan sebagai Multilevel Marketing (network marketing) dan sudah semestinya ia memerlukan lesen daripada pihak berkuasa.

Rujuk pada link ini untuk maklumat lanjut penerangan tentang pemasaran affiliate. http://en.wikipedia.org/wiki/Affiliate_marketing


Satu sahaja konsep yang perlu anda faham untuk program affiliate;

Anda terima komisyen berdasarkan usaha anda sama ada menghasilkan jualan ataupun membawa prospek (pendek kata, perkongsian keuntungan (profit sharing)… anda lakukan promosi, pengusaha bekalkan produk).

Semua ini dapat dilakukan secara percuma sahaja dan tiada modal yang diperlukan, tiada had maksima pendapatan, tiada LOT – LOT yang perlu anda beli, tiada komisyen bertingkat – tingkat (melebihi 2 level) dan tiada kefahaman “merecruit” ahli.



di petik dari artikel blog mohdamirol.com

No comments: