ari ni sy ttb ter-rajin lak nk selak2 blok org... tgh2 cr image d google, ttb terjumpe la 1 blog ni...cantheq gak blognyer... entry nyer pon cool n sweet n berilmu...
byk jgk la entry yg sy ske...antarenyer entry Tulang rusuk, menambat hati lelaki, mencari pasangan, lemah wanita lembut wanita, hikmah air mata, tajul muluk & sambungannya
bace punyer bace... tejumpe yg satu ni.. rs nk letak plak dlm blog... sbb isinya menarik n bole d jadikan peringatan pd diri sndr n pd yg laen...
ini adalah perkaitan antara WANITA & SYURGA
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan olehAllah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.
"Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir..."
"Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir..."
semoga kite tergolong dlm wanita yg masuk ke syurga...aminnnnn
No comments:
Post a Comment