Saturday, June 19, 2010

Jauhi Sistem Piramid

Sistem piramid yang kita maksudkan ialah, di mana satu sistem dimana kumpulan orang bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas.

Setiap
peserta perlu membayar supaya berpeluang mara ke tahap yang paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian.

Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang atau produk
, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut dari wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.

Diantara ciri-ciri skim piramid ini ialah:


1.
Produk berkualiti rendah dan berharga terlalu mahal dan para pengedar perlu membelanjakan wang keatas inventori barangan yang berlebihan.

2.
Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.

3.
Tiada hak pemulangan wang, dan tiada kontrak bertulis diantara syarikat dan pengedar.

4.
Tidak mengambil berat mengenai jualan runcit (tak mengambil berat tentang jualan produk) dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.

5.
Kehadiran wajib untuk setiap sesi dengan harga yang mahal.

6.
Dakwaan perolehan wang dan kejayaan yang besar yang sengaja direka-reka serta digembar gemburkan.

Apa yang jelas dalam sistem piramid ini,
yang menjadi fokus bukan jualan produk, tetapi penajaan ahli baru dimana keuntungan dikaut dari yuran keahliaan yang tinggi & bukan melalui kegiatan perniagaan.

Bonus diberikan hasil dari kutipan orang bawah, bukan dari keuntungan hasil dari jualan produk.


Melihat dari konsep dan ciri-ciri diatas, jelas bahawa sistem piramid tersebut bertentangan dengan syariat, kerana dalamnya terkandung penipuan, pemerasan dan sebagainya.


credit to
http://ridzuan9585.ads4blog.net/ads4bucks-syariat/



No comments: