Tuesday, June 15, 2010

Syarat Halal & Haram Perniagaan

hye blog...

hari ni sy ade terjumpe 1 blog yg sgt berguna & memberi maklumat yg sgt bgz...so sy nk kongsi la entry ilmu tu kt sni so dat sume org pon bole tgk & baca..tp kt sni sy ltk part je..nk bc sepenuhnyer bole la ke blog beliau...


SYARAT HALAL ATAU HARAM M.L.M DAN SEUMPAMANYA MENURUT SYARAK.


1. PRODUK YANG DIBELI MESTILAH DENGAN TUJUAN YANG SEBENARNYA.
(Produk mestilah yang benar-benar memberi manfaat pada masyarakat umum dan dapat digunakan dengan serius oleh orang yang membelinya). Justru produk MLM dsb yang kabur dan rendah kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ianya hanya bertujuan untuk mengaburi syariat dan undang-undang negara. Kekuatan MLM atau seumpamanya adalah bersandarkan kekuatan produknya yang tinggi kualiti dan manfaatnya, bukan kepada objektif jangka masa yang pendek untuk mengumpul dana.

2. PRODUKNYA BUKANLAH EMAS ATAU PERAK YANG BOLEH DI JUAL SECARA BERTANGGUH. ini kerana penjualan barang kemas secara bertangguh adalah riba’ jenis nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli dibawahnya mestilah jelas. TIADA KOMISYEN/BONUS/INSENTIF tanpa usaha. Ini bermakna orang atas berhak mendapat komisyen hanya dari orang bawah yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ / ‘kaki’ / ahli yang ditaja. tetapi hendaklah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan. Bukannya permainan wang (money game)

5. Tidak mewajibkan ahli menjual dengan kadar yang tertentu bagi memperolehi komisyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘up line’ atau orang atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan ‘meeting’ mingguan untuk ahli rangkaiannya dengan memberi belbagai info-info baru, motivasi, taklimat dan sebagainya. Ini perlu bagi melayakkan (menghalalkan) dia mendapat komisyen dari orang bawahannya secara syariat. Kalau tak hukum menerima komisyen itu syubhah dan boleh jatuh kepada haram. Ini kerana Islam tidak membenarkan peniaga memperolehi keuntungan dari bukan hasil usha yang kuat. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang kesepuluh dan kebawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ditaja oleh ahli yang kesembilan, jika tidak apakah hak untuk mendapatkan komisyen dari ahli yang begitu jauh?

7. Tidak menggunakan skim piramid, iaitu skim siapa masuk dahulu.. dia akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justru pelan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua malah orang bawahan manpu mendapat keuntungan lebih dari orang atasan jika berusaha lebih.

8. Persembahan sistem komisyen/bonus/insentif yang telus dan mudah difahami, dan boleh dipantau oleh ahli secara jelas, Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur pelan pemasaran diantara ahli dan orang bawahan secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan dari peringkat awal lagi.

No comments: